Our LOVE Letter

سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.






Sunday, October 31, 2010

semester 2 di IIUM NILAI

salam sejahtera diucapkan kpd para pembaca.

alhamdulillah selesai sudah saya menjalani hidup di IIUM nilai semasa semester 1.Kini saya berada di semester ke 2. Maaf kerana kesibukan yang teramat sampai tidak sempat utk jariku menaip utk menceritakan pengalaman manis dan pahit saya sepanjang saya menjadi pelajar universiti. Ini adalah kali pertama saya berada di asrama. Kalu dulu saya tidak dpt bertahan utk berada di asrama semasa saya form 1. Hati ku tidak dpt berjauhan dgn rumah.Maybe itu zaman kanak2.

Tapi kali ini saya tidak betah untuk tinggal berjauhan dgn my parents. Apabila saya berada di sini baru saya merasakan hidup berdikari itu sangat best. Segala keputusan perlu dibuat sendiri. Ini mengajar saya utk lebih confident dgn diri sendiri dlm melakukan segala hal.

Bagi saya kehidupan saya sebagai seorg pelajar universiti amatlah berlainan sgt dengan kehidupan sebg pelajar sekolah. Apa2 di universiti kena buat sendiri. Study sendiri dan segala macam.

Alham saya hanya perlu membuat foundation economics and science management selama one year and have a short sem.
Sem 1 saya mengambil 7 subjek (byk tuh). Diantara kos yg mengambil byk subjek.
Subjek seperti accounting 1, statistic,mathematic 1, computer 1, basic themes of al-quran, fardhu ain and english level 5. oklah pointer cgpa. Tp itu tidak memuaskan hati saya.

Ok sem 2 kali ini saya hanya mengambil 5 subjek iaitu english level 6, computer 2,mathematic 2, accounting 2 and economy. Kali ini perlu bekerja keras lagi agar mendpt pointer cgpa yg lebih tinggi dari sem 1.

wah semangat study semakin berkobar-kobar, No more play2 ye. hehehe. Azam dan semangat baru untuk lebih cemerlang di dunia dan akhirat. bukan cemerlang dunia sahaja tp cemerlang dgn amalan2 yg boleh membawa kita supaya lebih dekat dgn Allah.Wassalam.

Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.Life is either a daring adventure or nothing.

Thursday, May 20, 2010

selamat semuanya.

salam skrg musim org masuk U...
then saya pon akan masuk sekali...
moga selamat semuanya. Moga allah sentiasa memberkati jalan kita dlm menuntut ilmu.
moga hati2 kita sentiasa dlm tarbiyah dan dakwah,ameen.

_______________________________________________________

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita secerah hari ini

|Found me at:|

international Islamic university Malaysia
foundation economics and management science

Centre foundation studies at Nilai, Negeri sembilan.

Lesen Owh Lesen



Alham x smpai sebulan belajar kereta,saya dah dapat lesen P untuk pertama kalinya ujian pada 4/5/2010. tahniah utk mereka yg berjaya bersama-sama saya.
Biasalaa lesen L for lelaki mna boleh lama2 ngan saya, kena bertukar trus menjadi lesen P..for perempuan...hehhee

okla bg kwn2 yg masih belajar good luck..ya, insya allah berjaya no.jangan putus asa.

Sunday, May 2, 2010

Wanita & Rama-rama.

Wahai wanita,
kamu adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya kamu yg bernama wanita.

Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.

Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman
dan perbuatan-perbuatan sampai hati sesama sendiri.


Wahai wanita,
kamu ibarat rama-rama yg
mengindahkan lagi alam.

Kamu telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah
keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

Namun kamu yg bernama wanita, mengapa ramai
sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah-tengah
kebuasan lelaki.


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan,
tapi tak usah mangsakan diri kamu untuk lelaki yg
kurang perasaan..!!

Tamsilkanlah diri kamu sebagaimana rama-rama. Keindahan kamu mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai
daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki.

Tapi wahai wanita,
sayap kamu yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh kamu, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari kamu tatkala kamu menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah kamu tidak berasa rugi?
Apakah kamu tidak berasa apa-apa yg hilang?

Jika kamu seorang wanita sejati, kamu patut berasa
rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga
sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya
keatas tubuh kamu sedangkan dia tahu, dia tidak
berhak berbuat begitu.

Bezanya lelaki dengan wanita,
lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi kamu pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yg tidak berhak hinggap di tubuh kamu.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama
sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh
mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali
sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu
terkoyak.

Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah
tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar
dengan itu kamu dapat memelihara diri daripada
menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin
mencalitkan noda keatas diri kamu.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar,
kemudian kamu ditinggalkan pergi. Di manakah
nilai kamu setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah
sayap kamu telah tiada.

Wahai wanita,
kasihilah diri kamu dengan menjadikan diri kamu berharga. Nilai kamu tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.

Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg
tidak tahu diri.

Kamu sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat kamu sebagai alat.

Tapi kamu ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka.

Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.
Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu.

Sudah tentu untuk mencarinya
payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg
salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup kamu.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus
dosa ke neraka.

Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih
menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI
KAMU, KAMU YG MENENTUKAN~

Wednesday, April 21, 2010

Semuanya sudah terlambat....


Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan
sebuah kereta sport daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan… satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…


Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. . dengan hati yang berat…kotak itu
bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya… .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanya keras…


Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa’at utk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. …

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat…cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh… Sudah 10

tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2 sendiri…telefonny a berdering… dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila

mendapati diatas meja di bilik bacaannya… Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan2 langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu…

Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama

ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. …air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .

Namun semuanya sudah terlambat…

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??


barangkali apa yang kamu rasakan BAIK utk kamu adalh BURUK untuk kamu dan barangkali apa yang kamu rasakan BURUK utk kamu itu sebenarnya adalah yang BAIK bagi dirimu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui-ALBAQARAH : 216




Sunday, March 28, 2010

setiap 21 minit.....



Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas
r.a,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi
ini 70
kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan
aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh
malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,
kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang
menjelaskan

Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan
hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

Saturday, March 27, 2010

mode

Mode: dah agak sihat.

Skunk tgh baca novel DENYUT KASIH MEDIK yg suami fathimah syarha punya novel. best!gembira dah beli VERSUS..lalala...along tolong belikan.

cuma skunk tgh menunggu dia bwk pulang sabtu ni kot! wuh lambat wes.

x sbr menanti!!!

Setakat komen org...sume mengatakan VERSUS bestttttttt!! i think too...so anda bagaimana??

SELAMAT MEMBACA

versus(hlovate) and sinergi(hilal asyraf)
novel baru keluar...

Sunday, March 14, 2010

Alhamdulillah, Ya ALLAH 4 a good result SPM

tahniah diucapkan kpd mereka yg berjaya mendpt keputusan yg cemerlang dlm SPM.
Moga kecemerlgn kita ini akan membawa kpd sahsiah Islam di mata masyarakat.

Dan kpd yg kurang berjaya...la tahzan. Sesungguhnya kegagalan itu bukan selama- lamanya.
Moga kita akan lebih cemerlang di masa akan datang, AMEEN.

Ingatlah segala kejayaan adalah datang dari ALLah. Dialah yg memberi kejayaan serta kegagalan kpd hamba2nya utk menguji keimanan hamba2nya serta melihat sejauh manakah hamba2nya bersyukur kepadanya. Apa2pun straight a's tidklah membawa makna sgt kerana Allah tidak menilai hambanya dgn melihat kepandaiannya ttpi terhadap TAQWAnya kpd ALLAH.
Align Center
Syukur alham kpd ALLAH kerana memberi kejayaan yg cemerlang kpd saya serta rakan2 dlm SPM. I felt so unbelievable of my result SPM. Like my brother said, i make such a miracle.

Tahniah kpd pelajar2 SMI HIDAYAH kerana telah mencapai GPK 2.24 SPM 2009. Kali ini memang paling baik dari thn sblum ini.


Tahniah kpd 13 org pelajar gemilang yg mendpt straight a's. Seperti nama yg tertera di bawah. mereka yg cemerlang dan gemilang. Tahniah. Moga terus berjaya di masa akan datang. Ingatlah kejayaan kita jua kejayaan islam.
thanks For all MURABBI!!

sedikit tambahan dan untuk pengetahuan....
P/s: tahniah Smih. Ni semua berkat guru....thanks all murabbi yg mendidik kami semua.
jasa mu x ternilai. Kami sgt hargai.Thanks to Allah.


Ingatlah wahai kawan2ku, adik2ku,mok pok n sumer pembaca....
Di sini ingin saya nyatakan SPM bknlah segalanya...SPM bukanlah menunjukkan org itu cemerlang sgt walaupun straight a's dia dpt.....bkn saya hendak menunjuk tapi cuba bygkan 7987 org mendpt straight's a. So setakat mana lah saya ni...hanya dlm beribu. Saya paparkan ini pon utk memberi semangat kpd adik2 serta juniour agar lebih cemerlang dlm PMR,SPM dan seangktn dgnnya.Lebih cemerlang dari saya.

Mcm rakanku ckp:
Org dpt rendah pon SALAH...TINGGI pon salah. SUmer org nk mengata. Itu rezeki masing2. Kita check diri kita dulu sebab apa kita dpt keputusan itu. Mcm mana hubungan kita dgn ALLAH,ibu bapa,guru dan rakan2. Usaha kita cmne?Tepuk dada tanya iman. Jadikan ia satu cabaran kpd adik2 pembaca...teruskan usaha dan cuba mendpt straight A+.


Monday, March 8, 2010

bla..bla..bla

salam alaik...
ngeng2...meowwww...grrrrrrrr.....( bunyi pelik dahh)
actually, i am just to say about....

tuutttttttt!!

vv
v
v

v
v

RESULT SPM 2009
Announcement 11 MAC 2010

boomm....bomm...(meletup)
huaaa...kpla yg udah ingin meletup.
bermacm perasaan yg ada dlm diri skunk.

feel like???
- naleng
- cuak babeng
- gementaringan
- debar
- excited pon ada

- darah x mengalir ke otak
- nak lari pergi jauh (haha itu x mungkin)
- dan seangkatan dengannya.


Apa2-pon kita xleh lari dari keputusan SPM.
Terima saja. YUPP...YUPP..
Katakan centa pada result SPM..hAHAHA
alah itu duniawi smata-mata.

yg PENTING...
kita sudah lakukan terbaik
kita sudah USAHA+ TAWAKAL+DOA
kita lakukan semata utk kerdhaan ALLAH.
Moreover tolaba ilmu faridatan ala kulli muslimin na wal muslimah. watolaba ilmu minal mahdi illa lahad.

translation..cewaah.(bukak kamus b.arab)

dipanjangkan cerita.
doa dan tawakal pada ALLAH moga kita semua iaitu calon SPM 2009 mendapat
kejayaan yg cemerlang.

moga result kamu semua
straight a's walaupun itu x mungkin pada saya.
haha...
tapi
kun fayakun!!
kalu allah ckp jadi, maka jadilah.


Lps dapat result tu...
don't ever regret or feel sad
Sesungguhnya itu adalah keputusan yg terbaik yg allah kasi.

Segala takdir, terimalah dgn hati terbuka walau terseksa ada hikmahnya, Haruslah ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa, diuji tahap keimanan sdgkan ramai yg terbiar dilalaikan. hanya yg terpilih sahaja antara berjuta kan mendapat RAHMATNYA.
Sekian...

tettttttttttt....

Dijah mahu tido...don't ever feel about result.kakkaka...dijah x kesah mcm aiman x kesah.

Thursday, March 4, 2010

Starting from you....

When i was young and free and my imagination had no limits,
I dreamed of changing the world,
As I grew older and wiser i realized the world not change.

And I decided to shorten my sights somewhat
and change only my country,
But it too seemed immovable.

As I entered my twilight years,in one last desperate attempt,
I sought to change only my family,
Those closest to me,
But alas they would have none of it.

And now here I lie on my death bed and realize (perhaps the first time)
That if only I'd changed myself first,
Then by example i may have influenced my family and
with their encouragement and support,
i may have bettered my country,
and who knows i may have changed the world.

P/s: This is a poem that someone special gave to me. I really appreciate to her/his for give me this poem as a motivation and spirit to face anything in our life. Hope, all of you can understand what's the point and meaning from this poem.

Monday, March 1, 2010

I'm housekeeper.

salam..
For information, i stay at home now. So that we must to fill our time with something that full of benefits. Recently, i have been getting a job at home. haha.It was a housekeeper in my house.lalala.
BUT.. first of all, i dont want to take this work as a job and get a salary. I just kidding with my mom to be housekeeper with salary..but after two weeks i have been worked it, my mom gave me a salary [RM 50 per weeks]pucuk dicita ulam mendatang...ambik jelaa. it is so much? i wonder that was so much.
haha..yela saya kerja apa la sgt...skit je pon buat. bibik moden katakan...
  • washing the dishes
  • sweeping on the floor
  • kemas ruang tamu
  • jemur n angkat baju
  • and the rest..
but i have ONE problem to do this work in a day. I hate this crap. it was a RAT.
owh no.. morever kat belakang umh saya ade semak so menatang ni suka curi masuk umh saya.
p/s: takleh letak gamba yg hidup geli...so letak yg cute skit.
Lebih2 lg kat dapur ada lubang masuk...tu geram gila babeng. memang selalu kalu saya masak tetiba i saw this crap. Terus x jd keje saya nok wat. Menjerittttttttttttt.
erkkk geli dan takut..with a small crap.kalu hamster takpe la jgk.
So kdg2 saya tak buat kerja yg di dapur..nk amik baju kt machine pon takut tersempak dgn CIK TI tuh...so that i cannot do a work as much as perfect. really regret it.

yelaa saya ni bukan pompuan yg suka menjerit. boleh dikatakan agk susah menjerit except in emergency...haha
tapi disebabkan menatang tuh suara emas habis terkeluar..haha.... sape yg dok umh tau laa...
tak dpt dibyg kn kalu ak menjerit dan terlompat dan lari bila terlalu kat dpn ak...haha...

i hateeeeeeeee you...RAT. you messed with my life....


~saya tinggal persoalan di sini..??
- camne nk hapuskan menatang walaupun dh letak racun...masih ade ank beranak dia.
- kalu kamu jd saya??? how's ur reaction???

+ Apa2 pon, isilah masa anda sebaiknya. kalu yg menganggur kt umah tu...bleh la nk jadi housekeeper...nk mintak gaji ngan mak pon blehhh...

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H


There are no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasullullah S.A.W.
No lesson as beautiful as Islam.
No song as melodius as Athaan.
No charity as meaningfull as Zakat.
No encyclopedia as perfect as Al-Quran.
No exercise as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
and
No journey as perfect as Hajj.


'SALAM MAULIDUR RASUL 1431H'
Friday, 26 February 2010


Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik,

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,

Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,

Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,

Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,

Adalah lelaki yang baik sangka dan,

Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad

Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.



Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,

tetapi pada kekuatan perasaan,


Perempuan yang gagah,

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,

Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,

Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ... ..


Wallahu'alam..

Tuesday, February 23, 2010

rindu sama sekulah~

assalamualaikum wkt...

alhamdulillah pertama dan selama-lamanya aku bersyukur masih lg bernyawa di ats muka bumi ini dan dpt lgi berada dlm nikmat iman dan islam srta nikmat kesihatan yg ALLAH beri membuatkn aku dpt menekan key board utk mengupdate pd hari ini.

Actually, x tau nak update apa sbnr..tp bila fikir2..rasa kerinduan pd sekolah membuatkan saya ingin memberi sedikit coretan.haha..rindu pd kengkawan yg berada di indon. Lebih2 lg time saya tiada sebln stgh mereka ada,time saya balik diorg tiada..arghh rindu sama kamu..x sempat nk antar kat KLIA aritu. Tp x pe diorg akn balik 28 feb ni. SELAMAT PULANG, dong.

Rindunya suasana sek..tgk adik2 aku blik sek..cerita psl kwn2...buat homework...haha. tetiba rasa nak kembali ke situ balik. mmg tidak dinafikan bg saya, zmn persekolahn mmg best gila babeng.hahah.. Td baru tgk sekali psl IPT. Langsung tiada perasaan utk ke IPT buat masa skrg ni.haihlaa. Ntahla nak gi corok mana pon x tau.

Sekalung tahniah utk rakan2 batch saya SMI HIDAYAH JB, yg telah fly belajar ke luar negara.
Semuanya banin buat masa skrg ni. Saya berasa bangga dgn rakan2 yg telah further study lebih awal dari sahabat2 yg lain.

Tahniah utk mereka, semoga cita2 anda tercapai di sana, moga sentiasa berada dlm tarbiyah di sana.
- Muqsit
- Mubarak
- Haneef
*Mereka bertiga ini telah further study kt YAMAN.

Dan akan dtg..
-Tamim kt MESIR
- Haziq kat AUSTRALIA

* for my classmates tamim ngan mubarak..i am very proud 4 both all of u. Hidup IKHLAS .hehe

*for my friends piqah ngan hafizah(classmates) yg sdg berjuang di PLKN. Rindu gler kat korg. Sorry Pija x dpt keluar ngan hang aritu coz blik kg.huaaa..sdihh.

Akhir kalam, Semoga kita berjumpa lagi di masa akan dtg..moga kita sentiasa dlm naungan ILLAHI , dan sentiasa dlm tarbiyah dan dakwah.

MOGA RESULT SPM KITA GEMPAQ AND SUKSES SUMERRR. AMEEN


batch 11..bergerak seiring mencapai wawasan.


KENANGAN 5 Ikhlas 09 dan 4 Abqari 08




Rindu sama 5 ikhlas 2009


Monday, February 22, 2010

WHO are you ACTUALLY??

salam..
hari ini saya akan berkongsi sedikit entry yg dpt kita sama2 ambil iktibar dan merenung siapakah diri kita yg sebenar. Bacalah dgn kalimah tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang, wahai para pembaca.

~SIAPAKAH~

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.’ Lalu sambil berkata,’Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini’, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-..numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Ok..sampai sini saja. wassalam.

P/S: DOAKAN saya agar lulus ujian komputer utk lesen memandu pada hari khamis ini.
25 feb 2010.

Friday, February 12, 2010

i'll waiting for VERSUS

......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....


peace be upon with all of you.
right now i want to promote this book. i'm very fan of HLOVATE's novels. it is so long waiting for this book that can publish in bookstore after this.

Said from Hlovate,
this book will sell at pesta buku antarabangsa Kl di PWTC on march 2010. and sell at the bookstore at april 2010.
i think this novel is very interesting.
so that, the choice is in ur hand whether you want to read or buy this book or not. Insya allah we can get 1001 benefit from this book.

sorry for broken english.