Our LOVE Letter

سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.






Sunday, March 28, 2010

setiap 21 minit.....



Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas
r.a,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi
ini 70
kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan
aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh
malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,
kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang
menjelaskan

Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan
hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

No comments: