Our LOVE Letter

سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.






Thursday, May 20, 2010

selamat semuanya.

salam skrg musim org masuk U...
then saya pon akan masuk sekali...
moga selamat semuanya. Moga allah sentiasa memberkati jalan kita dlm menuntut ilmu.
moga hati2 kita sentiasa dlm tarbiyah dan dakwah,ameen.

_______________________________________________________

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita secerah hari ini

|Found me at:|

international Islamic university Malaysia
foundation economics and management science

Centre foundation studies at Nilai, Negeri sembilan.

Lesen Owh Lesen



Alham x smpai sebulan belajar kereta,saya dah dapat lesen P untuk pertama kalinya ujian pada 4/5/2010. tahniah utk mereka yg berjaya bersama-sama saya.
Biasalaa lesen L for lelaki mna boleh lama2 ngan saya, kena bertukar trus menjadi lesen P..for perempuan...hehhee

okla bg kwn2 yg masih belajar good luck..ya, insya allah berjaya no.jangan putus asa.

Sunday, May 2, 2010

Wanita & Rama-rama.

Wahai wanita,
kamu adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya kamu yg bernama wanita.

Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.

Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman
dan perbuatan-perbuatan sampai hati sesama sendiri.


Wahai wanita,
kamu ibarat rama-rama yg
mengindahkan lagi alam.

Kamu telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah
keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

Namun kamu yg bernama wanita, mengapa ramai
sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah-tengah
kebuasan lelaki.


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan,
tapi tak usah mangsakan diri kamu untuk lelaki yg
kurang perasaan..!!

Tamsilkanlah diri kamu sebagaimana rama-rama. Keindahan kamu mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai
daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki.

Tapi wahai wanita,
sayap kamu yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh kamu, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari kamu tatkala kamu menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah kamu tidak berasa rugi?
Apakah kamu tidak berasa apa-apa yg hilang?

Jika kamu seorang wanita sejati, kamu patut berasa
rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga
sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya
keatas tubuh kamu sedangkan dia tahu, dia tidak
berhak berbuat begitu.

Bezanya lelaki dengan wanita,
lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi kamu pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yg tidak berhak hinggap di tubuh kamu.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama
sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh
mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali
sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu
terkoyak.

Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah
tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar
dengan itu kamu dapat memelihara diri daripada
menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin
mencalitkan noda keatas diri kamu.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar,
kemudian kamu ditinggalkan pergi. Di manakah
nilai kamu setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah
sayap kamu telah tiada.

Wahai wanita,
kasihilah diri kamu dengan menjadikan diri kamu berharga. Nilai kamu tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.

Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg
tidak tahu diri.

Kamu sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat kamu sebagai alat.

Tapi kamu ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka.

Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.
Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu.

Sudah tentu untuk mencarinya
payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg
salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup kamu.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus
dosa ke neraka.

Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih
menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI
KAMU, KAMU YG MENENTUKAN~