Our LOVE Letter

سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.






Friday, December 2, 2011

Adakah aku digelar MUSLIMAH???

Salam.
Sedikit coretan dan perkongsian untuk semua. Terpana di hati ini bila terbaca bingkisan ini. Banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk digelar sebagai muslimah..~Allah..sesungguhnya aku ini benar2 insan yang kerdil lagi hina... Moga aku sentiasa berada di jalan mu dan layak digelar sbg muslimah. Jauhkan lah aku dari segala maksiat dan perkara2 yang tidak layak bgiku untuk bergelar muslimah. Sama2 kita renungkan sedikit kata2 ini.


Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai TUDUNG masih di atas DADA ,
Baju KETAT tak terkata...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Minyak wangi DIGUNA luar biasa HARUMNYA,
Bukan kerna TIDAK SENGAJA tapi SENGAJA buat buat LUPA,
Agar RAMAI yang memuji tanda SUKA..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
andai tudung DIKEPALA,
Namun COUPLE tidak pernah DIPUTUSKANNYA,
Maklumlah KATA hanya bercinta KERNA ALLAH,
Tapi NAFSU sendiri yang TIDAK BISA dipelihara...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai aurat SEMUA sudah TERJAGA,
Namun SOLAT dan PERINTAHNYA,
Dibuat smabil LEWA...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Bertudung LABUH juga BERPURDAH,
Namun PROFIL fb tetap terpapar GAMBAR WAJAH,
Tanda diri ingin DIPUJA..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Muamalat tidak TERJAGA,
Berborak dengan LELAKI bagai nak GILA,
Apa diKATA semua MEREPEK saja..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai IBUBAPA tidak diUTAMA,
Namun bila RAKAN dan juga TEMAN BERSUARA,
Yang SALAH pun DIBENARKANNYA...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
CINTA pada ALLAH diKATA setiap MASA,
Tapi BUAT perintahNYA satu pun TAK ADA..

Sekian sahaja dari AKU yang INGIN bergelar MUSLIMAH,
Namun SUKAR sangat MENGEJARKANNYA..

Maafkan AKU andai SAHABAT semua TERASA,
Atas segala apa yang AKU kata..

Bukan NIAT nak MENGATA atau APA,
Cuma sedikit TEGURAN dari DIRI yang SAYANGKAN agama..

Wahai SAHABAT yang ingin bergelar MUSLIMAH,
Marilah UBAHkan diri agar MENJADI lebih BERGUNA,
Bukan UNTUK sapa sapa TAPI hanya UNTUK pada ALLAH dan AGAMA...

Buat MUSLIM diluar sana jangan ashik tengok saja,
Tapi TEGURLAH pada semua WANITA,
Untuk LEBIH menjaga AGAMA..

FIKIRlah wahai SAUDARA semua,
ANDAI muslimah TIDAK kau JAGA,
Maka ROSAKLAH agama juga SURI rumah..

(tapi diri tak layak lagi untuk digelar MUSLIMAH)

Friday, October 14, 2011

Sahabat sampai ke syurga~





Salam.Dgn nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang.


Hari ini tetiba terdetik di hati untuk menaip tentang kawan,sahabat,saem,friends,asdiqa'u n whatsoeva la kan. Saya sangat merindui teman2 saya yang dari kecil hingga ke besar yang mengenali diri ini. Mostly kwn2 yg di UIA NILAI,my best ever roomates, kwn2 kelate,johor, n semua pelusuk lah kan.Byk sgt kwn takkan nak sebut sume kat sini. Thanks for coming into my lifes,friends. Terima kasih dengan adanya korang hidupku menjadi lebih warna warni ,indah dan happy dgn adanya korg penambah penyeri hidupku. Tanpa sahabat,siapalah aku. Memang tidak dinafikan kwn2 adalah org kedua teman rapat kita after our family right?then kwn jgalah sangat2 memain peranan penting dalam hidup kita. Kadang2 pengaruh kawan sangatlah kuat apabila bersama kita kan. Tu penting kita kena pandai juga memilih kawan. Ada kwn susah senang,ada kwn time senang saje, ada kwn yg bersama kita yg sentiasa menasihati kita utk kebaikan kita sume.Saya ada bermacam-macam jenis kawan. Bak kata org berkawan biar seribu,berkasih biar satu kan!!*tetibo pasal kasih pulak.

Pendek kata, akhir kalam terus lah ye................


In conclusion,Thanks to all of you friends. Moga kita sahabat selama-lamanya sampai ke syurga. Jaga diri sume. Sesungguhnya aku sentiasa mendoakan sahabat2 ak semua supaya sentiasa bahagia di bwh rahmat dan keberkatan Allah S.W.T. Jadikan diri kita contoh remaja ISLAM yang akan menjadi contoh utk remaja2 lain di luar sana.Jadikan diri kita lebih baik dari semalam. Jaga diri,jaga iman,jaga hati,jaga mata. Salam untuk semua...! :D



Wednesday, October 12, 2011

...AnDaInyA LeLaKi TaHu.....



Bismillah hirrahmanni rrahim..

Salam to all readers.Today i just want to share about something that i have been read in one blog. The entry in that blog is quite interesting. So that, i have been read this note and i feel that this note suitable to all men or boys to know more what the girls feel about them when girls love you.Especially to husband and wife. Tiada kaitan dgn saya.hehe...tapi apa yg note ni ckp mmg sebijik apa saya rasa if i am falling in love with my MR RIGHT or My FUTURE HUSBAND.Hahaha. It's very touchable. So all guys out there..check it out!!

...........................................................................


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.Naluri keibuannya sangat kuat.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,“tolong tinggalkan saya!”,dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda. Love your love one. Don't ever break girl's heart.


Monday, October 10, 2011

Setiap manusia itu lemah!!We need strength!



Salam sejahtera saya ucapkan. Anyway i am sorry for the late to post in this blog.Almaklumlah I don't know to write about what.Before i start to say something to share with all of you, i just wanna say... I'm on holiday for 4 months...oh Allah.. wow..is it too long,right???What i will do for just 4 months?? Work??? Terpaksa padamkan to find the work cause i don't have any transportation to go for work... Just goyang kaki kt umah,menanam anggur yg memang takkan berbuah,then yg penting "i am a bibik modern in my house"hahha.... My mom said that just be a girl that can do a lot of works in my house. Belajarlah jadi suri rumah.Hoho...meme laa saya ni 'suka sgt' buat keje2 cmni...hahah... But the most i like are cooking, eating, playing, watching,reading,kms rumah, sleeping is the most important...hahah. Tp skrg kurg makan dahh...makan hanya bila lapar... nk kata diet x jgk... ntah...malas pon ntah...Oh food,don't make me fat k... Lebih2 lg i'm home. hahahha....

Dear food, either stop being delicious or stop making me fat.

ok cite bab keje rumah. hmm...memang kalu dh boring teramat saya mmg tangan akan bergerak je nak buat mcm2. Not just looking at my lovely lappy. tgk tv and lappy pon kind of boring. Yg paling terkejut saya dh mls nk layan korea drama...hahah...wow that's was too good. So buat jerla mcm2 kms rumah,basuh pinggan,jemur kain, n lain2. Kalu dh penat tu baring2,tgk laptop,layan movie,baca novel,baca blog utk dpt kekuatan. Or reading anything that can give me a lot of benefit.Haaaaaa cite pasal kekuatan ni ....

Setiap manusia itu lemah dan setiap hari kita perlu diberi kekuatan dan dinasihati setiap hari. Iman kita sentiasa naik turun,right? So that la i just want to share something that we can increase our iman and strength to survive in our life. Nobody's perfect. Everyone can feel stress,depress,boring,sad,happy,mad and so on. If we have a problem just sharing with someone can comfort you, but the most awesome is to Allah S.W.T. Dialah yang sebaik2 tempat utk kita mencurah segala masalah dan seangkatan dgnnya. For girl in one month there has been a 'cuti'. And for me dikala waktu itu iman selalu mudah goyahh...lemah je rasa. Tapi kita harus kuat dan cari sesuatu yg boleh memberi sumber kekuatan utk kita spt bca solusi ke, blog yang bermanfaat yg bagi strength,tafsir alquran n so on,beristigfar and zikir byk2.

Find something awesome can make you more strength,my dear khadijah.Allah knows you,better!!



My heart is a kite
held by a string
in the middle of a storm

O Allah,
I'm not asking You
for a calmer storm
Rather, I am asking You
for a thicker string

O Allah,
I'm not asking You
to end this storm soon
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends

Stress??many problems?easy give up???
So di sini ada beberapa tips rohani yang sama2 kita boleh aplikasi,kalu yg lain bleh je google kot. =)

1) Bersabar dan bersolat.
Some people susah nak meluahkan masalah kan. Siapa suka problems??But do you know??Masalah itu guru bagi kita.Knp?Sebab apa2 pon problems kita ia sgt dpt mengajar kita.Masalah=Kekecewaan. Kecewa itu guru bg kita. Bg yg susah nak sharing dgn sahabat, adalah lebih baik mengadu padaNYA. Dia pasti mendengar.

Kunci hati SABAR. Sabar itu INDAH.Campaklah kita di mana2...kalu kita sabar insya allah mudah saja kita harunginya.

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."Al-imran:200

Dan yang paling penting juga adalah BERSOLAT. Solat itu tiang agama. Tanpa solat mudahla kita goyah,runtuh dan sbgnya.Sesungguhnya amalan pertama yg dihisab pada hari kiamat adalah solat!!.

2)Menghidupkan malam.

We keep crying.Pada benda yang tidak sewajarnya.Kdg2 ia menyakitkan.Kadang2 ia menyakiti diri kita sendiri.


Nak tau jugak rahsia untuk menjadi kuat dan tabah iaitu
Bangun Qiamulllail.
Bangun malam dapat membina kekuatan diri.Insya allah apa yang sukar, Allah permudahkan. Apa yang dianggap mustahil,Allah benarkan.

Last but not least.
3) Banyakkan baca al-quran
Satu lagi yang perlu dititikberatkan.No one can cure a broken heart like the quran does.~true.very true. I am so jeloz for those who are hafiz dan hafizah.Mereka sgtla bertuah. Al-quran sentiasa di dada. Moga mereka sentiasa mengamalkannya.

Ditujukan untuk diri sendiri sebenarnya. Selamat beramal. Maaf jika ada kekurangan. Saya hamba yg byk khilaf.Salah silap sila tegur diri ini. Wassalam. Sharing is caring. Love you all bcoz of Allah.

Saturday, August 27, 2011

Contact LenSe

Salam semua...kalu x jwb dosa kalu jwb sayang...dah terikut ngn kak 'maria elena'.
Just nothing to say but i would like to story mory about contact lense.Lalala...
Actually, i just started wearing a contact lense last two weeks. Sblm ni x pernah. Ada classmate pakai so tgk macm best je pakai CL ni.So nk try jgk.Alang2 nk dkt raya,bleh pakai time raya jgk. Sblm ni spectacles yg saya suka dah terpatah time main netball aritu. So that pakaila yg sparepat punya,itupun dh senget coz dh lama punya spect. Speck yg saya saya syg tu reamless punya. Ntah btol ke ejaan nyo. Dah terpatah dua.Orang langgar muka saya time main netball. Asyik baik muka x masuk wad.Sedih jerla speck dh terpatah dua kan..

Then try la pakai CL ni. Mula2 rasa mcm sushnya nk pakai...dahlaa mata sepet nk sumbat masuk dlm mata tu agak susah. First time, mengalir-ngalir air mata.hahah...tp bila dh masuk tu okla.Rasa mcm ada sesuatu yg melindungi anak mata.So beberapa ari kemudian dh mahir skit nak pakai CL.
Bila pakai CL rasa wahh ya Allah nikmatnya x payah pakai speck. Boleh lihat dunia without wearing speck. Mcm nilah kisah hidup org rabun kann..agak menyedihkann...

Beli CL secara online kt web facebook.Dia stokist utk korean punya CL. Mula2 mcm kurg percaya,tp dh ramai pakai ckp baguhh je.So try la jgk.So far,so good. Cuma nak cite skit la.Tips pakai contact lense kan...

1st trial memang mate cm pedih tapi sikit and sekejap jer. Care nak pakai, juz letakkan cOntact Lens tu betOl-betOl kat hujung jari supaye mudah nak tarOk kat mate.


KalO nak cabut, gunekan ibu jari and jari telunjuk untuk pegang cOntact Lens tu. Lembut-lembut taw*

Yang paling penting, make sure tangan anda dicuci dengan bersih sebelOm memakai and semase mencabOt cOntact Lens!!! UntOk yang giler mekap, pakai cOntact Lens dulu, sebelOm mengenekan sebarang jenis mekap dimuka anda. KalO pakai selepas mekap, bahaye lagi-lagi pade yang suke pakai maskara. SeblOm pakai, titiskan sikit sOlutiOn kat cOntact Lens tu untuk mudahkan kita nak pakai*



Macam ni*

Wait?!!! Ape itu sOlutiOn?

SolutiOn ni ialah sejenis cecair yang digunekan untOk merendam and mencuci cOntact Lens. Ade sesetengah jename, gune cecair yang berbeza untuk merendam and mencuci cOntact Lens tu. Saya menggunakan jenis ini.


Terbaek!!! Rendam and cuci cume gune 1 sOlution*

Untuk cuci cOntact Lens, biasenye saya akan cuci atas tapak tangan yang bersih and baru dicuci. Titiskan sikit sOlutiOn kat tapak tangan, tenyeh lembut-lembut gune jari, then trOs rendam cOntact Lens dalam casing die.

Mcm nilahh casingnya.

Ada beberapa tips time pakai CL nih, Antaranya:

- Jgn pakai masa terlalu pjg (kalo blh 8-10jam max)
- Jgn tidur dgn lens
- Jgn taruh lens / casing kat tandas
- Solution kena buang dlm 3 bln lepas buka.
- Casing kena tukar tiap2 bln kalo blh.... Max 1 casing 3 bln
- 1 minggu, biar mata pakai spec 2 hari... kasi masa mata bernafas...
- mata dah letih...tukar spec
- lens cuma blh cuci dgn solution shj...
- bekas contact lens kena kering sebelum nak guna... x cuci dgn air paip....cuci dgn solution shj
- lepas pakai, rub la contact lens

Kebanyakan tips saya amik dari orang yg dah berpengalaman and cara2 menjaga pakai dgn betul. So if you want to try,just be careful.Kena pandai jaga ye kalu x nanti kena infection habis la.

Last but not least~~


Yang kiri tu muka agak skema memakai speck..hahah
Yang kanan tu muka pakai CL.. Bak kata kwn2 saya dah mcm mualaf muka saya bila x pakai speck.Maklumlah mata kacukan cina skit.haha...Tp bila pakai CL anak mata saya jd besar. Tp still nampak sepet jgk.Gambar kanan tu ter 'flash' so nampak mcm putih kan! So jgn terpedaya,saya tidak lah seputih mana....


Satu lagi kita pakai CL niat kenala betul...jgn nak pakai CL warna warni just utk kecantikan. Dah kira cm dosa la pulak nk menarik perhatian org kan. Ak pakai CL kalu bleh org xleh nak agak ak pakai ke x...hahah...Just pakai yg black or transparent sudahh.. Ak pakai sbb rabun dan penat nk pakai speck.

Ok tu je , just sharing is caring,right? Wassalam.

Monday, August 15, 2011

RamaDhan KaReem!

Assalamualaikum...Kalau tak jawab dosa,Kalau jawab sayang!!heheh...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan kurnianya dpt kita bernafas lagi di bulan mulia ini..Hari ini sudah masuk nisfu Ramadhan. Apa khabar iman semua???? Tepuk dada tanya hati. Hari ni tetiba terlintas di hati ini untuk mengupdate blog yang sudah bersarang 'burung' ni...haha. Memandangkan hari Selasa adalah hari cuti saya. Because i don't have any class for today. So i decided to do something beneficially that all my friends can get fully the benefit from what i want to say in this post. Haihh nak ber 'skipping' la pulak. Opss speaking la.Alright then..so..haish 'terkeluaq' lagi. Kalau boleh in this post tak nak speaking la, takut maksudnya x sampai pulak. Dahla x reti kecek mano ompotihh nihh..hak3.. If termasuk skit2 tu, pandai2 la phm sendiri ye.




Masih belum terlambat untuk kita mengutip sebanyak2 amal dan kebaikan di bulan ramadhan ni. Jangan biarkan ia berlalu dgn sia2. 10 malam terakhir tu jgn lupa akan adanya 1 malam yg lebih baik dari 1000 mlm.Iaitu mlm Lailatulqadar.Pelbagai manfaat yg kita boleh lakukan di bulan mulia ini spt:
- tadarus al-quran
- solat tarawih jgn tinggal
- bersedekah or infaq, smile is one of sedekah jgk.
- help each other
- baca tafsir al-quran
- qiamullail
-n many more..
Kelebihan2 di bulan Ramadhan.

Hadis 1

Nabi SAW bersabda, ” Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no:233)

Hadis 2

Nabi SAW bersabda, ” Sesiapa sempat bertemu Raadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah ” (HR Ibn Hibban)

Hadis 3

Nabi SAW bersabda, ” Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan di malamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan,” (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Hadis 4

Nabi SAW bersabda, ” Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat.” (HR Muslim)

Hadis 5

Nabi SAW bersabda,” Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan di ampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Akhir Kalam, sama2 kita renungkan dan tambahkan amal. Tamakkan diri kita utk merebut pahala sbyk mungkin. Sama2 jga kita memperbaiki diri. Jangan lihat pada orang yg menulis blog ini,tapi lihat lah pada isi yang ditulisnya. Saya hanya manusia biasa yg sangat lemah,kerdil dan lagi hina. Post ini ditujukan utk diri sendiri jgk serta rakan2 ku yg saya sayangi sekalian.

Tuesday, July 5, 2011

Sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita!! Subhanallah

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia

sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih

dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala

yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

sentuh...

Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis pandu untuk orang Islam, bukan hanya bila couple?

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.

Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.

"Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"

Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat?

Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia?

Sunday, July 3, 2011

Muhasabah diri sebentar...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

Monday, May 30, 2011

5 Things!

Salam alaik...

Long time no see...
Sudah lama tidak berblogging,maklumlah sibuk macam siput la katakan.ntah pape perumpamaan ku ini.

So today,i just wanna say about something short and simple words to all of you to check it out about ourselves...Hope it will give us a guide to go a right path....

Manusia itu ingat 5 perkara, dan lupa 5 perkara...

Suka akan duit dan lupa akan hisab,
Suka akan makhluk Allah dan lupa akan Allah,
Suka akan rumah yang canggih dan lupa akan kubur,
Suka akan dunia, dan lupa akan akhirat,
dan yang terakhir sekali manusia itu suka akan maksiat dan lupa akan taubat..

Itu sahaja.Wassalam.