Our LOVE Letter

سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.






Monday, July 6, 2015

Jatuh atau Gagal

Jatuh dan gagal adalah perkara biasa.
Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat. Dan kadang kecewa menyapa bila gagal dlm peperiksaan. Gagal dlm melaksanakan tanggungjwb atau gagal dlm perchentaan. Ecehh batuk2 berdengung pulak dan sebagainya. Terkadang terasa kecewa dgn diri sendiri.
Lelah mana pun kita nak bangun. Jangan pernah kalah. Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan kita naik dan usaha menjadi yang terbaik. Jgn pernah putus asa dgn rahmat tuhan kerana usaha itu tangga kejayaan. Strive for excellent and make achievement and prove to yourself and somebody else that you can do better and more awesome. ohoiii.

Kerana..
Sakit dan luka tu, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Masih ada yang menanti bila kita dah kukuh berdiri.
Semua perkara yang terjadi adalah bersebab. Suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah tunjukkan.
Percaya pada Allah. Yakin dengan perancangan Allah. Jangan pernah putus asa. Sentiasa positifkan diri. Doa dan terus berdoa moga kita sentiasa jadi mukmin dan muslim yang terbaik di mata Allah :’)