Kerana..
Man ana
Our LOVE Letter
سمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.
Monday, July 6, 2015
Jatuh atau Gagal
Kerana..
Friday, December 2, 2011
Adakah aku digelar MUSLIMAH???
Andai TUDUNG masih di atas DADA ,
Baju KETAT tak terkata...
Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Minyak wangi DIGUNA luar biasa HARUMNYA,
Bukan kerna TIDAK SENGAJA tapi SENGAJA buat buat LUPA,
Agar RAMAI yang memuji tanda SUKA..
Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
andai tudung DIKEPALA,
Namun COUPLE tidak pernah DIPUTUSKANNYA,
Maklumlah KATA hanya bercinta KERNA ALLAH,
Tapi NAFSU sendiri yang TIDAK BISA dipelihara...
Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai aurat SEMUA sudah TERJAGA,
Namun SOLAT dan PERINTAHNYA,
Dibuat smabil LEWA...
Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Bertudung LABUH juga BERPURDAH,
Namun PROFIL fb tetap terpapar GAMBAR WAJAH,
Tanda diri ingin DIPUJA..
Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Muamalat tidak TERJAGA,
Berborak dengan LELAKI bagai nak GILA,
Apa diKATA semua MEREPEK saja..
Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai IBUBAPA tidak diUTAMA,
Namun bila RAKAN dan juga TEMAN BERSUARA,
Yang SALAH pun DIBENARKANNYA...
Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
CINTA pada ALLAH diKATA setiap MASA,
Tapi BUAT perintahNYA satu pun TAK ADA..
Sekian sahaja dari AKU yang INGIN bergelar MUSLIMAH,
Namun SUKAR sangat MENGEJARKANNYA..
Maafkan AKU andai SAHABAT semua TERASA,
Atas segala apa yang AKU kata..
Bukan NIAT nak MENGATA atau APA,
Cuma sedikit TEGURAN dari DIRI yang SAYANGKAN agama..
Wahai SAHABAT yang ingin bergelar MUSLIMAH,
Marilah UBAHkan diri agar MENJADI lebih BERGUNA,
Bukan UNTUK sapa sapa TAPI hanya UNTUK pada ALLAH dan AGAMA...
Buat MUSLIM diluar sana jangan ashik tengok saja,
Tapi TEGURLAH pada semua WANITA,
Untuk LEBIH menjaga AGAMA..
FIKIRlah wahai SAUDARA semua,
ANDAI muslimah TIDAK kau JAGA,
Maka ROSAKLAH agama juga SURI rumah..
(tapi diri tak layak lagi untuk digelar MUSLIMAH)
Friday, October 14, 2011
Sahabat sampai ke syurga~
Wednesday, October 12, 2011
...AnDaInyA LeLaKi TaHu.....
Bismillah hirrahmanni rrahim..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.Naluri keibuannya sangat kuat.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,“tolong tinggalkan saya!”,dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda. Love your love one. Don't ever break girl's heart.
Monday, October 10, 2011
Setiap manusia itu lemah!!We need strength!
Saturday, August 27, 2011
Contact LenSe
Monday, August 15, 2011
RamaDhan KaReem!
Hadis 1
Nabi SAW bersabda, ” Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no:233)
Hadis 2
Nabi SAW bersabda, ” Sesiapa sempat bertemu Raadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah ” (HR Ibn Hibban)
Hadis 3
Nabi SAW bersabda, ” Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan di malamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan,” (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Hadis 4
Nabi SAW bersabda, ” Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat.” (HR Muslim)
Hadis 5
Nabi SAW bersabda,” Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan di ampun oleh Allah.” (HR Bukhari)
Akhir Kalam, sama2 kita renungkan dan tambahkan amal. Tamakkan diri kita utk merebut pahala sbyk mungkin. Sama2 jga kita memperbaiki diri. Jangan lihat pada orang yg menulis blog ini,tapi lihat lah pada isi yang ditulisnya. Saya hanya manusia biasa yg sangat lemah,kerdil dan lagi hina. Post ini ditujukan utk diri sendiri jgk serta rakan2 ku yg saya sayangi sekalian.